BONCUK menunggu tuannya keluar dari hospital. FOTO Agensi
BONCUK menunggu tuannya keluar dari hospital. FOTO Agensi
Agensi

Istanbul: Setia tunggu tuan. Itu yang terjadi apabila seekor anjing tidak jemu menunggu pemiliknya yang dimasukkan ke sebuah hospital, selama enam hari

Anjing diberi nama Boncuk setia menunggu sehingga tuannya, Cemal Senturk, 68, discaj daripada hospital di timur laut Trabzon itu.

Gulf News melaporkan, Senturk dimasukkan ke hospital itu pada 14 Januari lalu.

Boncuk yang bererti manik mengikuti ambulans yang membawa Senturk dan setia menunggu di pintu hospital.

Keadaan itu menyebabkan kakitangan hospital turut memberikannya makanan.

"Ia tidak menimbulkan bahaya. Ini membuat semua orang senang," kata pengarah komunikasi hospital Fuat Ugur.

Anak perempuan Senturk cuba membawa anjing itu pulang beberapa kali, tetapi anjing itu diri kembali ke hospital.

Boncuk berlari-lari dan kelihatan gembira ketika Senturk dibenarkan keluar dari hospital minggu ini.

Haiwan itu berlari di samping kerusi roda tuannya, melompat-lompat untuk dibelai dan menggoyang-goyangkan ekornya.

"Ia membuat seseorang sangat bahagia. Anjing itu sangat dekat dengan kita, seperti manusia, dan itu membuat kamu bahagia," kata Senturk.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 4:47 PM