GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Seoul: Korea Utara melaksanakan ujian Covid-19 kepada lebih 10,000 rakyatnya namun tiada wabak direkodkan lagi di negara itu.

Perkara itu didedahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa.

Menurut laporan WHO, negara terbabit melakukan ujian saringan Covid-19 kepada 10,960 orang setakat 10 Disember lalu.

Namun laporan agensi berita, Yonhap mendakwa tiada kes direkodkan ketika melaporkan situasi semasa mingguan Covid-19.

Sejak 27 November lalu hingga 3 Disember lalu, seramai 791 orang menjalani ujian manakala 766 lagi diuji negatif bermula 3 hingga 10 Disember, lapor agensi itu.

Secara keseluruhannya, 33,223 orang dibebaskan daripada kuarantin setakat 3 Disember lalu.

Korea Utara mengaku bebas wabak itu, tetapi bertindak pantas dengan kempen antivirus selain menutup sempadannya awal tahun ini dan memperketat langkah-langkah kuarantin.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2020 @ 1:20 PM