GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Seoul: Korea Utara menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap kira-kira 42,000 penduduk negara itu, tetapi tidak menemui sebarang jangkitan virus itu, lapor agensi berita Yonhap memetik laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini.

Sebanyak 678 warga Korea Utara menjalani ujian saringan virus itu dari 8 hingga 14 Oktober, semuanya didapati negatif, menurut WHO berdasarkan laporan situasi mingguan Covid-19.

Daripada keseluruhan warga Korea Utara yang menjalani ujian saringan itu, 113 daripadanya mempunyai penyakit seperti selesema atau jangkitan pernafasan akut, manakala selebihnya adalah pekerja penjagaan kesihatan.

Ujian terbaru menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Korea Utara menjalankan ujian virus itu adalah 42,773 orang.

Korea Utara mendakwa negara itu bebas Covid-19, dengan mengenakan satu set langkah antivirus, termasuk kawalan sempadan yang ketat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 11:18 AM