TENTERA Korea Selatan bersiap siaga untuk misi mengedarkan ubat-ubatan ketika krisis kesihatan susulan penularan Covid-19 di negara itu. FOTO KCNA/ KNS / AFP
TENTERA Korea Selatan bersiap siaga untuk misi mengedarkan ubat-ubatan ketika krisis kesihatan susulan penularan Covid-19 di negara itu. FOTO KCNA/ KNS / AFP
Agensi

Pyongyang: Korea Utara merekodkan enam lagi kematian akibat 'demam' dengan 269,510 orang mengalami simptom demam menurut media negara itu pada Selasa.

Angka berkenaan direkodkan ketika negara bergelut dengan wabak Covid-19 yang semakin meningkat tetapi sebahagian besarnya tidak disaring, pada populasi yang masih belum divaksinasi.

Menurut Ibu Pejabat Antivirus negara itu, 56 orang maut, manakala 1.48 juga dilaporkan tidak sihat, sejak April lalu.

Pakar percaya keadaan itu berlaku disebabkan Covid-19 dan negara itu memaklumkan sekurang-kurangnya 663,910 orang kini masih dikuarantin.

Media negara itu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah pesakit yang mengalami demam dan disahkan positif Covid-19.

Korea Utara mengalami kekurangan bekalan kit saringan Covid-19 untuk membolehkan pengesahan wabak itu dibuat.

Apa yang dilakukan sebagai respons segera adalah mengasingkan mereka yang dijangkiti di pusat perlindungan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2022 @ 10:24 AM