TIGA ‘penjenayah cilik’ yang merompak sebuah di Texas.
TIGA ‘penjenayah cilik’ yang merompak sebuah di Texas.
AFP

Houston: Tiga kanak-kanak dan remaja lelaki berusia 11, 12 dan 16 tahun digelar 'Little Rascals' selepas ditangkap, baru-baru ini, kerana didakwa merompak sebuah bank di Texas.

Pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Houston berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan Selasa itu, didakwa merompak dengan melakukan ugutan.

FBI mengeluarkan gambar suspek berikutan rompakan bank mereka pada 14 Mac dengan kapsyen "percaya atau tidak, mereka hanya merompak Wells Fargo".

Stesen televisyen tempatan KTRK memetik Pejabat Syerif Harris County sebagai berkata, kanak-kanak itu memberikan nota ugutan kepada juruwang bank dan melarikan diri dengan berjalan kaki bersama sejumlah wang tunai yang tidak ditentukan.

Dua daripada kanak-kanak lelaki itu yang nampaknya tidak cuba memakai menyembunyikan identiti semasa rompakan itu apabila tidak mengenakan topeng muka, dan dikenal pasti ibu bapa mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2024 @ 12:46 PM