GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Bernama-Sputnik

Mexico City: Seramai dua calon datuk bandar bagi kawasan perbandaran Maravatio di Mexico terbunuh dalam dua serangan bersenjata di negeri Michoacan, menurut akhbar Milenio pada Selasa yang memetik sumber polis, lapor Sputnik.

Mangsa yang maut adalah calon parti pembangkang dari National Action Party (PAN) dan calon parti pemerintah, Morena.

Calon awal parti PAN Armando Perez Luna ditembak mati semasa memandu kereta beberapa jam selepas seorang lagi calon, Miguel Angel Zavala Reyes menjadi mangsa serangan bersenjata di luar sebuah hospital tempatan.

Beliau meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

Pilihan raya umum di Mexico dijadualkan pada 2 Jun dengan kempen bermula pada Jumaat depan.

Pemimpin parti yang diwakili oleh calon yang terbunuh mengutuk keganasan dan menuntut penjelasan mengenai kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Februari 2024 @ 11:55 AM