GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Agensi

Austin: Penumpang lelaki terpaksa dikeluarkan daripada pesawat American Airlines selepas berkelakuan kurang sopan dan kentut berlebihan, hingga menyebabkan penumpang lain tidak selesa.

Insiden lucu itu tular selepas dikongsikan seorang penumpang dalam laman Reddit, yang kemudian dilapor media.

Kejadian berlaku ketika penerbangan dari Phoenix, Arizona ke Austin, Texas, malah menyebabkan penerbangan itu tertangguh hingga 30 minit.

"Ahad lalu saya dalam penerbangan terus American Airlines dari Phoenix ke Austin dan saya duduk hampir dengan barisan tempat duduk lelaki itu.

"Saya hanya berkongsi kisah ini kerana rasa agak menghiburkan tetapi tidak sempat merakam apa-apa," tulis pengguna itu dalam catatan yang meraih lebih 1,000 komen positif.

Pengguna Reddit itu mendedahkan, ketika penumpang lain sedang mengambil tempat duduk masing-masing, seorang lelaki yang kelihatan 'tidak puas hati atau mungkin mabuk' merungut mengenai sesuatu.

Selepas beberapa ketika, tanpa sebarang provokasi jelas, lelaki itu bersuara, "anda fikir itu tidak sopan? Bagaimana pula dengan bau ini?" dan dia kemudiannya kentut.

"Saya tak tahu apa yang membuatkan lelaki itu berkelakuan demikian, tetapi walaupun agak lucu, ia tidak wajar dibuat seorang lelaki dewasa yang menaiki kapal terbang," tulis pengguna Reddit itu.

Kelakuan kurang sopan lelaki itu berlarutan ketika penumpang cuba menyelesakan diri dan menikmati makanan ringan disediakan sebelum kapal terbang berlepas.

Dia berkata "mari kita makan makanan yang paling berbau dalam satu masa" sebelum penumpang lain yang tidak selesa menempelaknya.

Kru penerbangan akhirnya campur tangan dengan meminta lelaki itu meninggalkan pesawat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2024 @ 4:16 PM