PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson. FOTO REUTERS
PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson. FOTO REUTERS
Agensi

LONDON: Polis dipanggil awal pagi semalam susulan pertengkaran antara calon Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan kekasihnya, Carrie Symonds di kediaman wanita itu.

Akhbar The Guardian melaporkan, seorang jiran yang terkejut dengan bunyi jeritan dan hentakan, menggunakan telefon bimbit untuk merakam pertengkaran hangat antara Johnson, 55, dan Sydmonds, 31.

Jiran itu berkata, Symonds mengarahkan Johnson untuk melepaskannya dan keluar dari kediamannya.

Menurut akhbar itu, kiran terbabit kemudian mengetuk pintu kediaman Symonds sebelum menghubungi polis apabila tiada respons.

Dalam rakaman itu, Johnson didengar enggan meninggalkan kediaman terbabit dan menyuruh Symonds supaya berhenti menggunakan komputer ribanya.

Symonds yang adalah bekas ketua komunikasi Parti Konservatif turut didengar mengadu Johnson tertumpah wain merah atas sofa.

Jurucakap Polis Metropolitan enggan mengesahkan identiti individu terbabit dalam pertengkaran itu, namun mengesahkan menerima panggilan dari jiran Symonds pada 12.24 pagi.

Johnson dijangka dipilih anggota Konservatif sebagai Perdana Menteri baru Britain bulan depan, walaupun kehidupan peribadinya huru-hara.

Tahun lalu, dia berpisah dengan isteri, Marina Wheeler selepas 25 tahun mendirikan rumah tangga bersama dan mereka mempunyai empat anak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2019 @ 11:30 AM