Bernama

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Bidin meletakkan kalungan bunga di Pentagon sempena memperingati ulang tahun ke-20 serangan 11 September 2001.

Pada upacara itu, Biden hadir bersama isterinya Jill.

Turut hadir, Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin dan Pengerusi Angkatan Bersama Jeneral Mark Milley.

Turut bersama dalam upacara itu Naib Presiden AS Kamala Harris dan suami, Douglas Emhoff.

Biden tiba di Pentagon selepas melawat memorial 11 September di Shanksville, Pennsylvania dan Ground Zero di bandar New York.

Presiden AS bagaimanapun tidak memberikan sebarang ucapan di lokasi kejadian lapor Sputnik.

Awal bulan ini, Biden mengeluarkan arahan eksekutif untuk meneliti semula beberapa dokumen berkaitan serangan 11 September itu.

(DARI kiri) Douglas Emhoff, Kamala Harris, Jill Biden dan Joe Biden ketika upacara di Pentagon. FOTO AFP
(DARI kiri) Douglas Emhoff, Kamala Harris, Jill Biden dan Joe Biden ketika upacara di Pentagon. FOTO AFP

Arahan eksekutif untuk Peguam Negara mengeluarkan dokumen yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia kepada umum dalam tempoh enam bulan lagi.

Serangan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) New York menyaksikan dua pesawat yang dirampas pengganas merempuh dua menara di situ sebelum kedua-duanya runtuh.

Kejadian mengorbankan 2,753 orang dengan adanya yang maut selepas terjun dari bangunan dan terbunuh selepas menara berkenaan runtuh.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 10:18 AM