PANCARAN lampu Tribute in Light bagi memperingati mangsa serangan 11 September. FOTO AFP
PANCARAN lampu Tribute in Light bagi memperingati mangsa serangan 11 September. FOTO AFP
AFP

New York: Ulang tahun ke-20 serangan 11 September disambut di sini, dalam upacara dijadualkan selama empat jam, bermula 8.30 pagi, Sabtu.

Di tapak yang pernah menempatkan dua menara Pusat Dagangan Dunia (WTC), waris akan membacakan nama hampir 3,000 nama mangsa yang terbunuh dalam serangan berkenaan.

Hadirin akan bertafakur sebanyak enam kali sebagai simbolik bagi memperingati detik dua menara berkenaan dirempuh dengan dua pesawat, kedua-dua bangunan itu runtuh, serangan di Petangon dan sebuah lagi pesawat yang dirampas pengganas, terhempas di Pennsylvania.

Serangan di WTC menyaksikan dua pesawat yang dirampas pengganas merempuh dua menara di situ sebelum kedua-duanya runtuh.

Ia mengorbankan 2,753 orang dengan adanya yang maut selepas terjun dari bangunan dan terbunuh selepas menara berkenaan runtuh.

Di Pentagon, sebuah sebuah pesawat merempuh satu bahagian daripada bangunan menyebabkan 184 penumpang kapal terbang yang dirampas dan individu di situ, maut.

Di Shanksville, Pennsylvania, penumpang yang menyedari pesawat dinaiki mereka, dirampas, bertindak melawan pengganas, menyebabkan pesawat yang dikatakan mahu disasarkan ke Bangunan Capitol, Washington, itu terhempas.

Acara tahun ini pada awalnya diramalkan antara detik bersejarah untuk Joe Biden yang sudah lapan bulan dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Namun, ia ditenggelamkan dengan proses evakuasi besar-besaran susulan pengunduran tentera AS dari Afghanistan apabila Taliban kembali menguasai negara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 September 2021 @ 11:10 AM