RAFAEL Correa. FOTO fail Reuters
RAFAEL Correa. FOTO fail Reuters
BERNAMA

Quito: Kerajaan Belgium memberikan suaka kepada bekas Presiden Ecuador Rafael Correa, yang disabitkan kesalahan rasuah.

"Pada 19 April 2022, Belgium memberikan suaka politik kepada Rafael Correa Delgado, bekas Presiden Ecuador," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pasukan Correa.

Presiden Mahkamah Keadilan Ecuador, Ivan Saquicela, pada Jumaat mengumumkan beliau menandatangani permohonan ekstradisi Correa, yang dijatuhi hukuman penjara lapan tahun pada 2020 kerana kesalahan rasuah sepanjang 10 tahun menyandang jawatan.

Correa, yang kini tinggal dalam buangan di Belgium, disiasat, dan kemudian dibicarakan di Ecuador, kerana didakwa menerima sumbangan "haram" untuk kempen dan gerakan politiknya semasa memegang jawatan dari 2007 hingga 2017.

Beliau menafikan tuduhan itu dan mendakwa dirinya adalah mangsa penganiayaan politik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2022 @ 2:41 PM