Foto hiasan
Foto hiasan
Agensi

Jakarta: Kerana terlalu rindukan ibunya seorang remaja berusia 18 tahun nekad terjun dari jambatan dipercayai untuk membunuh diri.

Mangsa yang belajar di sebuah sekolah di Mojokerto, Jawa Barat dikatakan merindui ibunya yang tinggal di Medan.

Kejadian berlaku pada hujung minggu lalu selepas mangsa yang dikenali sebagai DF terjun ke Sungai Ngotok dari ketinggian 10 meter.

Bagaimanapun, dia berjaya diselamatkan dan dihantar ke Rumah Sakit Wahidin Sudiro Husodo.

Ketika ditemui, dia tidak sedarkan diri dan mengalami luka di tangan.

Ketua Polis Prajuritkulon Kompol M Sulkan berkata, motif kejadian diklasifikasikan sebagai masalah keluarga.

Katanya, remaja itu tinggal di Kota Mojokerto bersama saudaranya manakala ibunya berkahwin lain dan tinggal di Medan.

"Dia mengaku merindui ibunya dan ketika cuba berhubung, didapati nombor itu tidak lagi aktif.

"Dia sering membandingkan dirinya dan rakan-rakan yang dapat berkumpul bersama keluarga," katanya.

Beliau berkata, remaja itu juga sudah putus asa kerana hasratnya untuk berjumpa ibunya tidak kesampaian kerana lokasi yang jauh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2020 @ 11:54 AM