PENUNTUT Malaysia di Medan, R.Kishenraj meninggal selepas beberapa hari di tempatkan di ICU RSUP Haji Adam Malik, Medan kerana terlibat dalam kemalangan. FOTO Ihsan FB PKPMI Cawangan Medan.
PENUNTUT Malaysia di Medan, R.Kishenraj meninggal selepas beberapa hari di tempatkan di ICU RSUP Haji Adam Malik, Medan kerana terlibat dalam kemalangan. FOTO Ihsan FB PKPMI Cawangan Medan.
T.N.Alagesh


Pix ihsan PKPMI Facebook sent dalam sistem

PENUNTUT perubatan Malaysia yang terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal Ahad lalu, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Haji Adam Malik di Medan, Indonesia, semalam.

R Kishenraj, 23, dari Jalan Sungai Lembing, Kuantan, adalah penuntut tahun akhir di Universiti Sumatera Utara, Medan.

Kishenraj, anak ketiga daripada empat beradik dikatakan menunggang motosikal berseorangan sebelum terbabit dalam kemalangan pada awal pagi Ahad lalu.

Facebook Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Medan turut memaklumkan Khishenraj yang terbabit dalam kemalangan beberapa hari lalu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan 11.30 pagi semalam.

Khishenraj sebelum ini adalah bekas Naib Presiden PKPMI bagi sesi 2016/2017

Sementara itu, abangnya, Thevarajan, 26, berkata, keluarganya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 2 pagi Ahad lalu sebelum ibu, bapa dan kakaknya bergegas ke Medan.

“Kami mendapat berita bahawa adik saya terbabit dalam kemalangan dan keadaannya koma... jenazah adik saya dijangka sampai dari Medan malam ini dan majlis pengebumian akan dilakukan esok,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Disember 2018 @ 8:03 PM