KRU kabin cuba mengawal kekecohan dicetuskan seorang penumpang mabuk. FOTO agensi
KRU kabin cuba mengawal kekecohan dicetuskan seorang penumpang mabuk. FOTO agensi
Agensi

Istanbul: Pesawat Turkish Airline yang dalam perjalanan dari Istanbul ke Jakarta, Indonesia terpaksa membuat pendaratan cemas kerana seorang penumpang menggigit jari kru kabin.

Video kejadian itu telah tular di media sosial.

Lelaki itu yang dipercayai mabuk pada mulanya diberi amaran supaya menenangkan dirinya.

Bagaimanapun, teguran seorang pramugari itu hanya menimbulkan kemarahannya sebelum dia kemudian menggigit jari salah seorang kru dalam pesawat itu.

Ia menunjukkan seorang lelaki melemparkan tumbukan ke arah pramugari yang memegang gari plastik.

Dia kemudian cuba untuk menangani lelaki itu, apabila penumpang lain terkejut melihat situasi itu.

Pramugari lain juga dilihat cuba meredakan ketegangan.

Penumpang itu dipercayai juruterbang sebuah syarikat penerbangan.

Kelakuan tidak menentu lelaki itu memaksa penerbangan yang sepatutnya tiba di Jakarta pada jam 5 petang, semalam tiba lewat kira-kira 8 malam.

Ini kerana mereka berpusing di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia sebelum mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Medan, lapor Hurriyet Daily News.

Jurucakap Polis Metro Jakarta, Turkish Airlines menurunkan penumpang warga Indonesia yang cedera di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan.

"Warga Indonesia yang disyaki mabuk sedang menjalani rawatan di Klinik Kesihatan Kualanamu," katanya.

Menurut satu lagi laporan media tempatan, KabarPenumpang, kes itu diserahkan kepada Polis Deli Serdang yang beroperasi di wilayah Medan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Oktober 2022 @ 10:23 AM