GAMBAR menunjukkan asap dari roket Hamas di Gaza City. Ia ketika latihan ketenteraan. FOTO AFP
GAMBAR menunjukkan asap dari roket Hamas di Gaza City. Ia ketika latihan ketenteraan. FOTO AFP
AFP

Baitulmaqdis: Israel menyekat penghantaran barang ke Semenanjung Gaza susulan serangan roket dan 'belon berapi' dari wilayah berkenaan.

Unit COGAT di Kementerian Pertahanannya dalam satu kenyataan berkata, pintu keluar masuk di sempadan Gaza, The Kerem Shalom Crossing ditutup untuk semua kenderaan.

Bagaimanapun, hanya bantuan kemanusiaan dan minyak dibenarkan melalui pintu masuk berkenaan.

Kementerian berkenaan berkata langkah itu sebagai tindak balas terhadap belon yang dilancarkan dari Gaza.

Menerusi laporan sebelum ini, Israel berkata, beberapa belon mendarat di kawasan selatan, namun ia tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Pada 2018, belon dan layang-layang dengan bom api dilancarkan ke Israel dan menyebabkan kebakaran di kawasan ladang dan kejiranan Israel.

Dalam beberapa minggu sebelum ini, belon berkenaan mendarat tiga kali di kawasan Israel.

Setiap kali juga, rejim itu akan bertindak balas dengan menyasarkan serangan terhadap kedudukan Hamas di Gaza.

Kumpulan berkenaan juga melepaskan roket ke arah laut pada Isnin selepas berbalas tembakan dengan Israel sejak beberapa hari lalu.

Ia sebagai mesej kepada Israel bahawa Hamas tidak akan berdiam diri berhubung sekatan rejim itu terhadap wilayah berkenaan.

Sejak 2008, kedua-dua pihak terbabit dalam tiga perang.

Sejak gencatan senjata tahun lalu yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mesir dan Qatar.

Penganalisis Palestin berkata, api daripada Gaza menyasarkan untuk memberi tekanan terhadap Israel bagi membuka sempadan untuk penyaluran bantuan kewangan daripada Qatar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 1:54 PM