ORANG awam memakai penutup mulut dan hidung di Wuhan. FOTO AFP
ORANG awam memakai penutup mulut dan hidung di Wuhan. FOTO AFP
AFP

SHANGHAI: Angka kematian akibat koronavirus di China terus meningkat kepada 106 mangsa, dengan hampir 1,300 kes baharu dilaporkan, setakat pagi ini.

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Kesihatan Nasional China wilayah Hubei dalam satu kenyataan.

Pihak sama berkata, angka terbaharu itu selepas 24 orang lagi mangsa disahkan maut, manakala 1,291 dijangkiti virus berkenaan.

Sementara itu, kerajaan turut menangguhkan sesi pembukaan sekolah dan universiti di negara itu bagi memanjangkan tempoh kuarantin.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 10:04 AM