PEKERJA membuat ujian saringan terhadap penduduk dengan menaiki beca elektrik di Shanghai. FOTO REUTERS
PEKERJA membuat ujian saringan terhadap penduduk dengan menaiki beca elektrik di Shanghai. FOTO REUTERS
Reuters

Shanghai: Bandar ini merekodkan sifar Covid-19 di luar kawasan kuarantin setakat semalam dan pihak berkuasa kesihatan tempatan memaklumkan, ia kali pertama sejak wabak itu menular di hab kewangan timur.

Kerajaan tempatan dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, bandar ini mencatatkan 8,932 kes Covid-19 asimtomatik tempatan baru semalam berbanding 9,545 sehari sebelumnya, kata kerajaan tempatan dalam satu kenyataan pada hari Sabtu.

Kes bergejala yang disahkan di bandar ini adalah sebanyak 1,249 dan angka itu menurun berbanding 5,487 pada hari sebelumnya.

Semua kes tanpa gejala dan disahkan didapati di kawasan kuarantin.

Kenyataan sama melaporkan 47 kematian Covid-19 baru direkodkan pada hari ini dan bilangan itu menurun sedikit berbanding 52 kes pada hari sebelumnya.

China yang memperkenalkan pendekatan sifar Covid-19 dinamik menetapkan kuarantin pusat bagi sesiapa yang disahkan positif Covid-19.

Bandar ini yang memerangi wabak Covid-19 terbesar di China melaksanakan sekatan pergerakan pada bulan ini, dan baru-baru ini membenarkan penduduk di kawasan berisiko rendah untuk meninggalkan rumah mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 April 2022 @ 12:04 PM