Ambulans bergerak dari Wuhan untuk ke Nanchang, di wilayah Jiangxi, di tengah China.
Ambulans bergerak dari Wuhan untuk ke Nanchang, di wilayah Jiangxi, di tengah China.
Reuters

Shanghai: Angka korban akibat wabak koronavirus baharu (Covid-19) di China meningkat kepada 1,367 orang.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, ia berdasarkan laporan pada semalam.

Di seluruh China, sebanyak 15,152 kes baharu direkodkan pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 59,805.

Dalam pada itu, jumlah kematian yang tinggi pada Rabu dikatakan berpunca selepas pihak berkuasa menukar cara pengiraan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Februari 2020 @ 6:02 PM