GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Reuters

SHANGHAI: Shantou, wilayah pantai China di Guangdong mengharamkan kemasukan kenderaan, kapal dan orang ramai ke bandar itu mulai esok.

Tindakan terbabit sebagai pencegahan dan mengelak penyebaran koronavirus yang menyerang Wuhan penghujung tahun lalu.

Shantou yang berada kira-kira 800 kilometer dari Wuhan, juga memaklumkan mereka akan menangguhkan operasi bas, teksi dan feri bermula jam 2 petang ini.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 January 2020 @ 1:16 PM