Gambar hiasan. FOTO smartshanghai
Gambar hiasan. FOTO smartshanghai
Agensi

SHANGHAI: Semua panggung wayang di wilayah ini, ditutup pada sambutan Tahun Baharu Cina sehingga penghujung bulan ini, kata Liberation Daily, hari ini.

Penularan wabak koronavirus menyebabkan tayangan perdana tujuh filem pada sambutan perayaan tahun ini ditangguhkan walaupun ini adalah tempoh terbaik untuk mendapat kutipan pecah panggung.

China mengesahkan 1,287 kes jangkitan koronavirus dengan 41 kematian setakat hari ini.

Virus yang dipercayai mula tersebar di bandar Wuhan, sejak penghujung tahun lalu kini sudah dikesan sudah menular ke beberapa wilayah lain antaranya Beijing dan Shanghai selain ke beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, Thailand, Korea Selatan dan Jepun.

Media tempatan juga melaporkan, China sudah menghantar 450 anggota perubatan tentera yang berpengalaman ketika krisis Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan Ebola ke kawasan yang terjejas, pada Sabtu.

Pasukan perubatan juga sudah tiba di Wuhan dengan menaiki pesawat tentera semalam dan akan dihantar ke hospital yang menerima jumlah pesakit yang ramai untuk memberikan rawatan susulan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 12:51 PM