MANGSA ditempatkan di pusat pemindahan sementara akibat Taufan Phanfone yang melanda Borongan, Wilayah Timur Samar, Filipina. FOTO AFP
MANGSA ditempatkan di pusat pemindahan sementara akibat Taufan Phanfone yang melanda Borongan, Wilayah Timur Samar, Filipina. FOTO AFP
AFP

MANILA: Taufan Phanfone yang melanda tengah Filipina hari ini, merosakkan sambutan Krismas dengan ribuan penduduk diarah meninggalkan kediaman malah ada yang terkandas di pelabuhan.

Ribut tropika itu dinaik taraf kepada taufan sejurus sebelum malam Krismas namun tiada kematian dilaporkan.

Ia melanda bahagian selatan Pulau Samar pada waktu petang, sehingga 150 kilometer sejam.

Menurut pihak berkuasa, kawasan perairan di rantau itu serta yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh dipindahkan hari ini, tetapi jumlah sebenar bilangan yang terjejas tidak diberikan.

“Segelintir keluarga tidak mahu berpindah kerana mahu merayakan Krismas di rumah, tetapi pihak berkuasa tempatan terpaksa memindahkan mereka jika tidak mematuhi arahan,” kata pegawai pertahanan awam wilayah, Reyden Cabrigas.

Menurut perkhidmatan kaji cuaca tempatan, kediaman diperbuat daripada kayu, straw atau buluh berhadapan risiko kerosakan besar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Disember 2019 @ 9:47 PM