PEARL Harbor. FOTO AFP
PEARL Harbor. FOTO AFP
Reuters

HAWAII: Suspek penembak Pearl Harbor dilaporkan bunuh diri selepas menyerang pangkalan tentera bersejarah itu hari ini.

Saksi memberitahu Hawaii News Now ternampak penembak meletakkan pistol di kepalanya sebelum melepaskan tembakan.

Menurut saksi, penembak memakai pakaian seragam tentera laut Amerika Syarikat.

Jurucakap Pangkalan Bersama Amerika Syarikat Pearl Harbor-Hickam (JBPHH) berkata serangan berlaku kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan, namun enggan memberi maklumat lanjut.

Serangan dilaporkan berlaku di Drydock 2, Limbungan Kapal Tentera Laut Pearl Harbor dan seramai tiga orang cedera dengan dua daripadanya kritikal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 @ 12:19 PM