KEJADIAN tembakan yang berlaku di Pearl Harbor. FOTO AFP
KEJADIAN tembakan yang berlaku di Pearl Harbor. FOTO AFP
Reuters

HAWAII: Seorang lelaki bersenjata api melepaskan tembakan di Pangkalan Bersama Amerika Syarikat Pearl Harbor-Hickam (JBPHH) hari ini, menyebabkan tiga cedera dengan dua daripadanya dilaporkan kritikal.

 

Pasukan keselamatan JBPHH menerusi media sosial berkata suspek sudah ditahan selepas pihaknya menerima laporan kejadian tembakan di Limbungan Kapal Tentera Laut Pearl Harbor JBPHH.

 

 

Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan.

 

"Maklumat lanjut mengenai kejadian itu akan didedahkan," katanya.

 

Kejadian tembakan itu berlaku tiga hari sebelum ulang tahun serangan terhadap Pearl Harbour pada 7 Disember 1941.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 @ 10:32 AM