ROBERT Chadwick.
ROBERT Chadwick.
Reuters

HAWAII: Dua daripada tiga mangsa serangan di Pearl Harbor hari ini disahkan terbunuh selepas ditembak seorang kelasi Amerika Syarikat yang turut mati selepas menembak dirinya.

Mangsa adalah kakitangan pangkalan tentera bersejarah itu dan seorang mangsa yang terselamat dilaporkan dalam keadaan stabil di hospital.

Setakat ini, pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti mangsa dan penembak mahupun motif serangan itu.

Menurut laporan media tempatan, kesemua mangsa dan penembak adalah lelaki.

Komander Wilayah, Laksamana Robert Chadwick berkata, penembak bertugas dengan kapal selam tempur USS Columbia SSN 771 turut mati akibat kecederaan tembakan yang dilakukan sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 @ 3:48 PM