ANGGOTA polis ketika menyertai demonstrasi di luar ibu pejabat polis di New Delhi berikutan perbalahan dengan peguam hari ini. - Foto REUTERS
ANGGOTA polis ketika menyertai demonstrasi di luar ibu pejabat polis di New Delhi berikutan perbalahan dengan peguam hari ini. - Foto REUTERS
AFP

NEW DELHI: Perbalahan antara polis dan peguam kerana berebut tempat letak kereta di kompleks mahkamah di sini membawa kepada ribuan polis membuat bantahan besar-besaran di jalan raya.

Bantahan tercetus berikutan perbalahan antara dua pihak mengenai siapa lebih layak menggunakan tempat kereta itu menyebabkan sebuah van polis dan beberapa kenderaan dibakar manakala polis menggeledah pejabat peguam.

Tiga peguam ditembak dan keseluruhannya 30 orang cedera.

Satu rakaman video tersebar menunjukkan seorang peguam menumbuk dan menampar anggota polis ketika cuba melarikan diri menggunakan motosikal.

“Kami mahukan keadilan. Kami juga ada hak. Peguam yang bersalah mesti dihukum,” kata seorang polis yang menyertai bantahan.

Ketua Polis New Delhi, Amulya Patnaik mendesak polis meneruskan tugas mereka dan berjanji menyelesaikan masalah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 November 2019 @ 8:49 PM