PENUNJUK perasaan melompat  berhampiran tayar terbakar di Basra, Iraq.
PENUNJUK perasaan melompat berhampiran tayar terbakar di Basra, Iraq.
AFP

NASIRIYAH: Dua penunjuk perasaan ditembak mati, manakala 47 lagi cedera dalam pertembungan dengan anggota keselamatan di bandar selatan Nasiriyah hari ini.

Penunjuk perasaan antikerajaan menutup sekolah serta menyekat jambatan, malah turut membakar tayar kereta di jalan raya dan di luar pejabat kerajaan.

Dianggarkan sekitar 350 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera dalam bantahan mendesak pertukaran kerajaan Iraq yang dianggap kurang cekap dan korup sejak 1 Oktober lalu.

Di selatan pedalaman Iraq, sekolah dan pejabat kerajaan terjejas teruk berikutan pelajar dan guru mengadakan bantahan.

Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan supaya kelas bermula hari ini, namun ditentang penunjuk perasaan di Nasiriyah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 November 2019 @ 6:30 PM