SERAMAI 11 penunjuk perasan termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun terbunuh.
SERAMAI 11 penunjuk perasan termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun terbunuh.
AFP

NEW DELHI: Jumlah orang terkorban dalam pertembungan antara polis dan penunjuk perasaan di India meningkat kepada 21 orang.

Bilangan mangsa terbunuh meningkat dengan mendadak berikutan bantahan di Uttar Pradesh bertukar ganas kelmarin.

Dalam kejadian itu, seramai 11 penunjuk perasan termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun terbunuh.

Seorang lagi penunjuk perasaan maut di Rampur semalam ketika polis menembak gas pemedih mata dan menggunakan cota terhadap penunjuk perasan yang membalas dengan membaling batu.

Bantahan tercetus apabila apabila undang-undang kewarganegaraan dilihat sebagai anti Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Disember 2019 @ 1:46 AM