GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Reuters

HONG KONG: Polis melepaskan tembakan yang terkena sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan dalam pertempuran pada pagi ini. 

Media tempatan melaporkan polis melepaskan lima tembakan dalam kejadian di timur pulau Hong Kong. 

Menurut laporan stesen televisyen Cable TV, seorang penunjuk perasaan cedera dan satu rakaman video memaparkan seorang lelaki baring dan berlumuran darah. 

Bantahan itu menyebabkan perkhidmatan tren ke beberapa stesen terganggu. 

Keganasan di Hong Kong tercetus lagi selepas seorang pelajar universiti meninggal dunia akibat terjatuh dari bangunan letak kereta bertingkat ketika pertembungan antara polis dan penunjuk perasaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019 @ 9:51 AM