TAUFAN Dorian mengakibatkan beberapa bandar banjir, pokok tumbang dan mencetuskan tornado, beberapa hari selepas menghancurkan Bahamas. FOTO REUTERS
TAUFAN Dorian mengakibatkan beberapa bandar banjir, pokok tumbang dan mencetuskan tornado, beberapa hari selepas menghancurkan Bahamas. FOTO REUTERS
Reuters

CHARLESTON: Taufan Dorian melanda negeri Carolina semalam mengakibatkan beberapa bandar banjir, pokok tumbang dan mencetuskan tornado, beberapa hari selepas menghancurkan Bahamas.

Di bandar Charleston yang rendah, banjir direkodkan lebih 30 sentimeter tinggi.

Pegawai berkata, pada tengah hari semalam, lebih 18 sentimeter hujan turun di Charleston.

Pusat Hurikan Nasional memberitahu, mata taufan antara paling besar di Pasifik itu dikesan pada kedudukan 48 kilometer dari selatan Cape Fear, North Carolina dengan angin maksimum 160 kilometer sejam.

Pusat taufan itu diramal bergerak hampir atau melanda pantai North Carolina malam tadi dan hari ini.

Ribut kuat dan angin kencang masih menjadi ancaman di sebahagian besar kawasan pantai North Carolina dan Virginia.

Gabenor di kawasan terjejas mengumumkan perintah darurat, menutup sekolah, membuka pusat perlindungan dan mengerahkan pengawal kebangsaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 11:07 AM