NOVEL Harry Potter diharamkan kerana dikhuatiri ia boleh digunakan untuk menyeru hantu.
NOVEL Harry Potter diharamkan kerana dikhuatiri ia boleh digunakan untuk menyeru hantu.
AFP

WASHINGTON: Sebuah sekolah Katolik di Nashville dinasihatkan mengharamkan buku novel kanak-kanak popular, Harry Potter kerana dikhuatiri ia boleh digunakan untuk menyeru hantu.

AFP melaporkan, Paderi Dan Reehil di Sekolah Katolik St Edward sebelum itu menghubungi pakar dalam bidang terbabit di Rom dan serta Amerika Syarikat yang mencadangkan supaya buku terbabit dikeluarkan dari perpustakaan sekolah.

“Sumpahan yang digunakan dalam buku itu adalah sumpahan sebenar. Jika digunakan oleh manusia, ia dikhuatiri boleh menyeru hantu sebelum dijelmakan dalam diri orang yang membacanya,” kata paderi terbabit dalam kenyataannya.

Siri Harry Potter yang dihasilkan oleh penulis Britain, JK Rowling sebelum ini beberapa kali diharamkan di beberapa sekolah di seluruh AS dan Britain kerana didakwa mempromosikan nilai berunsur syaitan dan ilmu hitam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 September 2019 @ 11:22 PM