Foto Daily Mail
Foto Daily Mail

London: Kerja memangkas pokok pagar di rumah mewah penulis buku siri Harry Potter, J K Rowling, di Edinburgh, Britain, menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana lorong kiri jalan raya ditutup untuk kerja itu, sejak tiga hari lalu.

Kinii, orang ramai serta penduduk sekitar tertanya-tanya bila kerja memangkas itu akan siap kerana sejak tiga hari lalu, hanya pokok bahagian depan yang menutup pandangan di sebalik pagar, siap dipangkas.

Seorang pengguna berkata: “Pokok pagar itu memang bertujuan menghalang pandangan di sebalik pagar.” - Daily Mail.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2015 @ 5:04 PM