LETUPAN petang kelmarin, berlaku di pusat perdagangan Kyambura.
LETUPAN petang kelmarin, berlaku di pusat perdagangan Kyambura.
AFP

KAMPALA: Seramai 19 orang maut apabila sebuah lori tangki minyak meletup selepas merempuh beberapa kenderaan di kawasan sibuk di barat Uganda, kata polis, hari ini.

Letupan petang kelmarin, berlaku di pusat perdagangan Kyambura, berhampiran kawasan pergunungan berhampiran Taman Negara Ratu Elizabeth.

“Seramai 10 orang maut ketika nahas, apabila lori tangki minyak itu hilang kawalan dan melanggar tiga kenderaan lain sehingga menyebabkan beberapa letupan dan turut menyebabkan 25 kedai kecil hangus.

“Daripada kesemua mangsa yang dikejarkan ke hospital, sembilan daripadanya meninggal dunia akibat cedera,” kata jurucakap polis wilayah, Martial Tumusiime.

Kemalangan itu berlaku lapan hari selepas sebuah lori tangki minyak meletup di Tanzania. Api menyelubungi orang ramai yang berkerumun untuk mengambil petrol daripada lori rosak, menyebabkan 95 orang maut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 10:06 PM