RIBUT dahsyat dengan kekuatan angin 187 kilometer sejam. FOTO EPA
RIBUT dahsyat dengan kekuatan angin 187 kilometer sejam. FOTO EPA
AFP

BEIJING: Jumlah kematian akibat Taufan Lekima meningkat kepada 28 orang di timur China, hari ini.

Ribut dahsyat dengan kekuatan angin 187 kilometer sejam dan ombak tinggi melanda bandar Wenling awal pagi semalam.

Stesen televisyen CCTV melaporkan seramai 18 orang maut dalam tanah runtuh yang berpunca daripada ribut itu.

Namun, kurang jelas sekiranya 10 orang maut yang dilaporkan hari ini berkaitan dengan kejadian tanah runtuh.

Pihak berkuasa Zhejiang berkata, seramai 20 mangsa tanah runtuh masih dilaporkan hilang.

Agensi berita Xinhua melaporkan, lebih sejuta penduduk dipindahkan sebelum taufan tiba dan kira-kira 110,000 orang ditempatkan di pusat perlindungan.

Di Zhejiang sahaja, hampir 300 penerbangan dibatalkan dan perkhidmatan feri serta tren turut dihentikan sebagai langkah berjaga-jaga.

Taufan Lekima dilaporkan sudah memasuki wilayah Jiangsu dan dijangka melanda Shandong hari ini, lapor CCTV.

end.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Ogos 2019 @ 11:32 AM