Gambar oleh Jabatan Bomba New Taipei City menunjukkan anggota penyelamat mendukung kanak-kanak melepasi kereta yang musnah dihanyutkan banjir di Xindian, New Taipei City, utara Taiwan. - Foto oleh New Taipei Fire Department/ AP
Gambar oleh Jabatan Bomba New Taipei City menunjukkan anggota penyelamat mendukung kanak-kanak melepasi kereta yang musnah dihanyutkan banjir di Xindian, New Taipei City, utara Taiwan. - Foto oleh New Taipei Fire Department/ AP

Beijing: Taufan Soudelor yang melanda Taiwan sebelum bergerak ke Tanah Besar China semalam, menyebabkan 25 orang terbunuh di kedua-dua negara dan puluhan lagi hilang.

Taufan berkenaan yang membawa hujan lebat menyebabkan banjir di Taiwan Jumaat lalu, serta wilayah Fujian di China, lewat malam tadi.

Hujan lebat yang menyebabkan banjir lumpur serta tanah runtuh dari pergunungan di Pingyang, wilayah Zhejiang, utara Fujian, menyebabkan lapan maut dan dua hilang.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Awam Fujian, 36 rumah runtuh dan 281 lagi rosak. Pihak berkuasa telah memindahkan lebih 370,000 orang dan mengarahkan 32,000 bot kembali ke pelabuhan sebelum taufan melanda.

Menurut agensi berita Xinhua, bekalan elektrik yang terputus menjejaskan lebih 1.41 juta penduduk dan tiga lapangan terbang terpaksa ditutup menyebabkan lebih 530 penerbangan dibatalkan.

Di Taiwan yang dilanda taufan berkenaan Sabtu lalu, lima terbunuh, lima hilang dan 185 cedera.

Antara yang maut atau hilang ialah kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, kakaknya serta ibu mereka yang dihanyutkan banjir. Seorang anggota bomba turut terbunuh.

Ribut menumbangkan pokok dan memutuskan bekalan elektrik menyebabkan lebih empat juta penduduk terputus bekalan elektrik. Lebih 500 penerbangan juga terpaksa dibatal atau ditangguhkan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 10:00 PM