PIHAK berkuasa memberi amaran banjir kilat dan tanah runtuh dijangka berlaku. FOTO REUTERS
PIHAK berkuasa memberi amaran banjir kilat dan tanah runtuh dijangka berlaku. FOTO REUTERS
AFP

SHANGHAI: Taufan Lekima yang melanda tenggara China, awal pagi ini, memaksa lebih sejuta penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Agensi berita Xinhua melaporkan, taufan itu melanda bandar Wenling dengan membawa angin selaju 187 kilometer sejam dan hujan lebat menyebabkan bekalan elektrik terputus dan ribuan pokok tumbang.

Ia diramal menghala ke arah bandar raya Shanghai.

Pihak berkuasa memberi amaran banjir kilat dan tanah runtuh dijangka berlaku apabila taufan melanda Shanghai dan membawa hujan lebat ke wilayah timur di Anhui, Fujian, Jiangsu dan Zhejiang.

Di Zhejiang saja, hampir 300 penerbangan dibatalkan, feri dan perkhidmatan rel dihentikan sebagai langkah berjaga-jaga.

Lebih suku juta penduduk ditempatkan semula di Shanghai dan lebih 110,000 penduduk di pindahkan ke penempatan sementara. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 2:09 PM