FAMILYMART membuat permohonan maaf susulan video kehadiran beberapa tikus dalam salah sebuah cawangannya di Shibuya tular di media sosia. FOTO Agensi
FAMILYMART membuat permohonan maaf susulan video kehadiran beberapa tikus dalam salah sebuah cawangannya di Shibuya tular di media sosia. FOTO Agensi
Reuters

TOKYO: Rangkaian kedai serbaneka Jepun FamilyMart membuat permohonan maaf susulan video kehadiran beberapa tikus dalam salah sebuah cawangannya di Shibuya tular di media sosial, baru-baru ini.

Jurucakap FamilyMart dalam satu kenyataan di laman web kedai serbaneka itu berkata cawangan berkenaan sudah ditutup kelmarin untuk siasatan.

“Kami minta maaf menyebabkan anda rasa kurang selesa dan resah,” katanya.

FamilyMart akan mengambil langkah pembasmian dan pencegahan selain mempertimbangkan untuk membuka semula kedai itu.

Rakaman video di YouTube dan Twitter memaparkan sekurang-kurangnya enam tikus berkeliaran di ruang pameran makanan Onigiri dan sajian Bento.

Stesen televisyen NHK melaporkan video berkenaan ditonton lebih lima juta kali.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Ogos 2019 @ 11:29 AM