FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Reuters

TOKYO: Keputusan Jepun untuk mengeluarkan Korea Selatan daripada senarai negara yang menikmati kawalan eksport minimum tidak bertujuan untuk menjejaskan hubungan antara Tokyo dengan Seoul,

“Pengeksport masih boleh menggunakan lesen pukal khas,” kata Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI), Hiroshige Seko.

Seko membuat kenyataan itu pada taklimat hari ini selepas kabinet Jepun meluluskan rancangan untuk mengeluarkan Korea Selatan daripada ‘senarai putih’ perdagangan.

Seko berkata bahawa Jepun hanya akan bersedia untuk bercakap selepas Korea Selatan memperbetulkan kenyataan yang dibuat susulan mesyuarat Julai birokrat dari kedua-dua negara mengenai isu itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Ogos 2019 @ 10:45 AM