Asap menjulang di bandar Catania ketika letusan Gunung Etna, gunung berapi paling aktif di Eropah semalam. -Foto AFP
Asap menjulang di bandar Catania ketika letusan Gunung Etna, gunung berapi paling aktif di Eropah semalam. -Foto AFP
Reuters

CATANIA: Satu gempa bumi berukuran magnitud 4.8 menggegarkan kawasan di utara bandar ini, terletak di cerun Gunung Etna, Sicily awal hari ini, menyebabkan kerosakan bangunan dan beberapa penduduk cedera, kata pihak berkuasa.

Gegaran itu berlaku dua hari selepas Etna, gunung berapi tertinggi Eropah dan paling aktif, meletus, menyebabkan lonjakan abu ke udara dan penutupan sementara lapangan terbang di pantai timur Sicily di sini.

Gempa berlaku jam 3.19 pagi waktu tempatan, menyebabkan ramai penduduk bergegas keluar rumah dan tidur dalam kenderaan.

Rakaman televisyen kerosakan bangunan lama di bandar Santa Venerina dan Zafferana Etnea.

Sekurang-kurangnya empat orang cedera ringan akibat ditimpa runtuhan ketika lari dari rumah, kata pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Disember 2018 @ 7:41 PM