KEBAKARAN di bangunan Kyoto Animation menyebabkan 33 maut. - Agensi
KEBAKARAN di bangunan Kyoto Animation menyebabkan 33 maut. - Agensi
Agensi

SEORANG lelaki menjerit ‘Matilah kamu!’ ketika menyerang sebuah syarikat produksi animasi terkenal di Kyoto semalam dan membakarnya, menyebabkan sekurang-kurangnya 33 orang maut manakala 37 lagi cedera.

Daily Mail memetik seorang pegawai berkata, satu mayat ditemui di tingkat dua bangunan Kyoto Animation setinggi tiga tingkat itu manakala 10 atau lebih yang lain ditemui di tangga dari aras berkenaan ke bumbung.

Sepuluh orang juga dilaporkan mengalami lecuran serius.

Kebakaran tercetus selepas lelaki berusia 40-an berkenaan menyemburkan cecair tidak dikenal pasti untuk memarakkan api

NHK melaporkan lelaki itu turut menjerit ‘Matilah kamu!’ ketika melakukan serangan itu. Dia dilaporkan sudah ditahan dan kini dirawat di hospital. Motifnya masih belum diketahui.

SEORANG lelaki dipercayai melontar cecair gasolin dan memulakan kebakaran. - Agensi
SEORANG lelaki dipercayai melontar cecair gasolin dan memulakan kebakaran. - Agensi

Seorang pegawai yang enggan dikenali memberitahu AFP: “Kira-kira 12 orang ditemui di tingkat pertama bangunan.”

Sementara itu, media tempatan melaporkan mangsa yang terselamat mengatakan suspek bukan rakan sekerja.

Seorang wanita memberitahu TBS TV: “Saya terdengar letupan dan saya mendengar orang ramai menjerit, ada yang melaung meminta tolong.

“Asap hitam keluar dari tingkap di aras atas dan saya melihat seorang lelaki cuba merangkak keluar dari situ.”

Kyoto News melaporkan saksi di kejiranan itu melihat orang berlari keluar dari bangunan berkenaan, dengan ada yang hitam akibat asap, berdarah malah berkaki ayam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2019 @ 10:20 AM