MAY ketika berucap di luar kediamannya di Downing Street. FOTO: AFP
MAY ketika berucap di luar kediamannya di Downing Street. FOTO: AFP
AFP

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May mengumumkan akan meletakkan jawatannya pada 7 Jun ini selepas gagal memujuk ahli Parlimen untuk menyokong usul perjanjian Brexit.

“Saya kesal tidak berpeluang meluluskan Brexit,” kata May dalam nada sebak ketika berucap di luar kediamannya di Downing Street, hari ini.

May akan kekal sebagai Perdana Menteri sementara menantikan penggantinya.

“Saya akan meletakkan jawatan sebagai anggota Parti Konservatif pada 7 Jun ini,” katanya.

Menurut May, proses mengundi pemimpin baru dijangka bermula pada minggu seterusnya.

Pemilihan calon dijangka berlangsung selama beberapa minggu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2019 @ 6:30 PM