BAKER terima padah menghina keluarga diraja Britain. FOTO PA
BAKER terima padah menghina keluarga diraja Britain. FOTO PA
Reuters

LONDON: Seorang penyampai radio dipecat oleh BBC selepas memuat naik gambar seekor chimpanzi memakai pakaian dengan keterangan gambar ‘Bayi Diraja keluar hospital’ di akaun Twitternya.

Isteri Putera Harry, Meghan Markle selamat melahirkan bayi lelaki, Archie pada awal pagi Isnin lalu, sekali gus menjadi bayi pertama berdarah campuran dalam keluarga diraja itu.

“Baru dipecat,” kata penyampai BBC Radio 5 Live, Danny Baker di akaun Twitternya.

Mengulas perkara itu, BBC berkata tindakan penyampai berkenaan dianggap sebagai kesilapan besar.

“Dia adalah penyampai bijak namun tidak akan lagi berkhidmat dengan kami,” kata BBC.

Meghan yang mempunyai ibu berketurunan Afrika-Amerika dan bapa berkulit putih sering menjadi sasaran komen berbau perkauman di media sosial sejak kebelakangan ini.

BAKER memadam semula gambar yang dimuat naik di akaun Twitternya sejurus kemudian. FOTO Getty/Twitter
BAKER memadam semula gambar yang dimuat naik di akaun Twitternya sejurus kemudian. FOTO Getty/Twitter

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 6:43 PM