TIMBUNAN ikan jerung yang ditangkap menggunakan pukat di terumbu Great Barrier Reef yang tular di Internet.
TIMBUNAN ikan jerung yang ditangkap menggunakan pukat di terumbu Great Barrier Reef yang tular di Internet.
Agensi

CANBERRA: Aktivis alam sekitar mendesak pihak berkuasa Australia mengharamkan penggunaan pukat hanyut selepas beberapa gambar menunjukkan timbunan ikan jerung yang ditangkap menggunakan kaedah itu di terumbu Great Barrier Reef tular di Internet.

Gambar yang ditangkap pada tahun ini itu dan diperoleh Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) mencetuskan desakan untuk mengharamkan penggunaan pukat hanyut di kawasan memancaing berhampiran tapak warisan dunia terkenal di Australia itu.

Ketua Eksekutif WWF Australia, Dermot O'Gorman melahirkan kebimbangan penggunaan pukat berkenaan dan penurunan jumlah ikan jerung di seluruh dunia.

“Tiada yang menyalahi undang-undang dalam gambar ini dan itu menyebabkan ia lebih menyedihkan.

“Gambar ini menunjukkan pukat hanyut adalah pembunuh yang tidak memilih dan ia melemaskan apa sahaja yang berenang ke dalamnya termasuk spesies ikonik dan terancam,” katanya.

Menurutnya, dalam gambar berkenaan terdapat empat ekor ikan jerung gergaji yang sudah dipotong muncungnya dan spesies berkenaan adalah yang paling terancam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2019 @ 8:51 PM