POLIS mengawal keselamatan di Lapangan Terbang Kayseri. -Foto EPA
POLIS mengawal keselamatan di Lapangan Terbang Kayseri. -Foto EPA
Agensi

ANKARA: Satu kejadian tembak-menembak antara dua anggota polis tercetus di Lapangan Terbang Kayseri dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dalam kejadian jam 4.20 petang waktu tempatan, hari ini.

Media Turki melaporkan, kedua-dua anggota itu cedera selepas melepaskan tembakan antara satu sama lain dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Susulan kejadian itu, stesen NTV melaporkan polis sudah mengambil langkah keselamatan di terminal penerbangan domestik.

Menurut akhbar Hurriyet, selepas bertengkar, salah seorang anggota polis mengeluarkan pistol dan melepaskan tiga tembakan ke rakannya.

Dua anggota terbabit kemudian menembak diri sendiri dengan senjata masing-masing.

Kejadian itu menyebabkan orang ramai yang berada di terminal berkenaan panik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 11:46 PM