Pattani: Tiga orang, termasuk seorang ketua kampung terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di daerah Mayo, di sini, awal semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Abdulrosak Laomae berkata, kejadian berlaku sejurus selepas tengah malam apabila ketua kampung tiba di rumahnya selepas memeriksa kawalan keselamatan di sebuah sekolah.

“Kira-kira 50 meter dari rumahnya, sekumpulan lelaki di belakang sebuah pikap yang berhenti melepaskan tembakan ke arahnya dengan raifal AK47 dan senapang patah.

“Meskipun terkena tembakan, Masukree masih mampu membalas serangan,” kata Abdulrosak.

Timbalan ketua kampung yang kebetulan tiba di tempat kejadian turut menembak penyerang terbabit.

Kedua-dua penyerang itu yang kemudian dikenali sebagai Hawae Nawae, 49, dan Boheng Taye, 45, penduduk kampung sama, mati dalam serangan balas itu.

Masukree cedera parah, tetapi meninggal dunia di hospital. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 8:19 AM