ZAMBIA mengharamkan minuman tenaga yang mengandungi bahan aktif Viagra. FOTO/AGENSI
ZAMBIA mengharamkan minuman tenaga yang mengandungi bahan aktif Viagra. FOTO/AGENSI
AFP

LUSAKA: Pihak berkuasa di Zambia mengharamkan minuman tenaga selepas keputusan makmal menunjukkan ia mengandungi bahan aktif Viagra.

Minuman SX Energy Natural Power, yang dihasilkan Revin Zambia, dieksport ke seluruh rantau termasuklah ke Uganda, malah baru-baru ini, seorang pengguna mengadu menghadapi ereksi berpanjangan dan dibanjiri peluh.

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa di Ndola memerintahkan pengilang menarik semula produk minuman bertenaga itu dari pasaran.

Jurucakap datuk bandar Ndola, Tilyenji Mwanza, dalam satu kenyataan berkata hasil yang diterima dari Zimbabwe dan Afrika Selatan sama seperti ujian yang dibuat di Zambia menunjukkan minuman itu mengandungi ‘Sildenafil Citrate’.

Pegawai Revin Zambia, ketika ditanya tidak memberikan sebarang komen.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2019 @ 9:26 PM