FOTO hiasan.
FOTO hiasan.
Reuters

ATHENS: Seorang lelaki dan dua anaknya maut apabila bot yang dinaiki karam di luar Samos, Pulau Aegean berdekatan pantai Turki, kata seorang pegawai Greek.

Pengawal pantai Greek yang dimaklumkan mengenai kehadiran bot pada awal pagi itu kemudiannya menemui 11 pelarian di dalam air di Samos, termasuk dua kanak-kanak lelaki kembar berusia empat tahun setengah.

“Kanak-kanak kembar itu dalam keadaan teruk,” kata pegawai pengawal pantai sambil menambah dia belum jelas apa yang terjadi pada bot itu, bagaimanapun kanak-kanak itu meninggal dunia selepas itu.

Seorang lelaki kemudiannya dijumpai di dalam air dan dikenalpasti sebagai bapa kanak-kanak kembar itu.

Beratus-ratus ribu orang melarikan diri dari krisis peperangan dan kemiskinan yang melanda Timur Tengah, membuatkan mereka nekad menempuh bahaya dari pantai Turki ke rantaian kepulauan Greek sebagai pintu masuk ke Kesatuan Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 7:29 PM