PELURU berpandu Israel yang menyasarkan kemudahan tentera Syria menyebabkan 11 terbunuh. -Foto Reuters
PELURU berpandu Israel yang menyasarkan kemudahan tentera Syria menyebabkan 11 terbunuh. -Foto Reuters
Agensi

Beirut: Israel mengesahkan ia melakukan serangan udara dan peluru berpandu terhadap sasaran di Syria yang didakwanya kemudahan tentera Iran menyebabkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh, termasuk dua tentera Syria.

AFP melaporkan, menurut kenyataan tentera Israel ia mensasar kemudahan tentera Iran di negara itu dan menurut Pemantau Hak Asasi Syria berpangkalan di Britain , serangan itu menyebabkan korban terbesar sejak Mei tahun lalu.

“Serangan Israel mensasar kedudukan tentera Iran dan Syria di selatan Damsyik menyebabkan 11 terbunuh,” kata Pengarah pertubuhan pemantau itu, Rami Abdel Rahman.

Sasaran, termasuk depoh senjata yang dikatakan milik Hizbullah di Lubnan dan kumpulan bersenjata Iran.

Serangan udara dan peluru berpandu Israel mengenai beberapa sasaran sekitar Damsyik, termasuk lapangan terbang serta lapangan terbang tentera di Thaala.

Al Jazeera melaporkan, tentera Israel dalam kenyataan berkata: “Kami melancarkan serangan terhadap kedudukan Iran di wilayah Syria.

“Kami sudah memberi amaran kepada tentera Syria mengenai cubaan serangan terhadap tentera Israel atau wilayahnya.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 January 2019 @ 4:20 PM