FOTO fail menunjukkan tentera Israel memeriksa senjata di Bukit Golan berhampiran dengan sempadan Syria. FOTO AFP
FOTO fail menunjukkan tentera Israel memeriksa senjata di Bukit Golan berhampiran dengan sempadan Syria. FOTO AFP
AFP

Damsyik: Serangan Israel menyasarkan sebuah bangunan kediaman di barat ibu negara Syria awal pagi hari ini, kata pemantau perang.

Israel melancarkan ratusan serangan udara ke atas Syria sejak perang saudara meletus di negara itu pada 2011 dengan menyasarkan tentera yang disokong Iran, termasuk pejuang Hizbullah serta kedudukan tentera Syria.

Bagaimanapun, Israel meningkatkan serangan terhadap jirannya di utara itu sejak perang dengan Hamas di Gaza bermula pada 7 Oktober lalu.

"Serangan Israel hari ini menyasarkan bangunan kediaman di barat ibu negara Syria di sini", kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Pemantau perang yang berpangkalan di United Kingdom, yang mempunyai rangkaian sumber yang luas di dalam Syria itu melaporkan, bunyi letupan termasuk dari kawasan Dimas di wilayah ini.

Media tempatan Syria tidak segera melaporkan sebarang kejadian.

Serangan itu berlaku selepas kawasan berhampiran lapangan terbang tentera di barat wilayah ini diserang peluru berpandu semalam, kata Balai Cerap Syria.

Manakala, kementerian pertahanan memaklumkan dron sudah memasuki ruang udara Syria dari arah Bukit Golan yang diduduki Israel.

Balai cerap memaklumkan, kawasan lapangan terbang tentera Mazzeh di barat wilayah ini menjadi sasaran tanpa mendedahkan dalang yang disifatkan sebagai serangan peluru berpandu.

"Pejuang Hizbullah Lubnan dan kumpulan pro-Iran lain ada di kawasan itu, "tambah balai cerap.

"Dua dron menceroboh ruang udara Syria dari arah Golan Syria yang diduduki," lapor kenyataan Kementerian Pertahanan, pada 2. 10 petang Jumaat

"Sistem pertahanan udara berhadapan dengan mereka dan mereka ditembak jatuh di barat wilayah ini," tambah kenyataan itu.

Tiada sumber menyatakan siapa di sebalik kejadian itu.

"Kami tidak mengulas mengenai laporan di media asing," kata tentera Israel ketika dihubungi AFP.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Februari 2024 @ 10:08 AM