KEADAAN sungai Katsura di Kyoto akibat hujan lebat di barat Jepun. Foto AFP
KEADAAN sungai Katsura di Kyoto akibat hujan lebat di barat Jepun. Foto AFP
Reuters

RATUSAN ribu orang di seluruh kawasan barat dan tengah Jepun dipindahkan hari ini selepas hujan lebat menyebabkan sungai melimpah, tanah runtuh sehingga meragut sekurang-kurangnya dua nyawa.

Agensi Kaji Cuaca Jepun berkata, jumlah hujan kali ini luar biasa dan memberi amaran keadaan mungkin bertambah buruk menjelang Ahad.

Menjelang pagi ini, sebahagian dari pulau utama Honshu ditimpa dua kali ganda jumlah hujan berbanding Julai tahun sebelumnya.

Dianggarkan 168,000 orang sudah diarah berpindah dari kediaman mereka akibat risiko tanah runtuh serta banjir dan 1.2 juta lagi dinasihatkan untuk berpindah hari ini, kata agensi itu.

Ia termasuk sebahagian bandar pelancongan Kyoto.

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh selepas terjatuh dalam saliran air dan akibat angin kencang manakala beberapa lagi dilaporkan hilang termasuk seorang penghantar susu yang dikatakan hanyut bersama keretanya, kata televisyen nasional NHK.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Julai 2018 @ 2:49 PM