WANITA itu dilihat sedang berehat selepas melakukan pembedahan mengeluarkan darah beku daripada otaknya. FOTO  Agensi
WANITA itu dilihat sedang berehat selepas melakukan pembedahan mengeluarkan darah beku daripada otaknya. FOTO Agensi
Agensi

PEKERJA migran terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di kepala gara-gara menghabiskan masa menggunakan telefon selama 20 jam tanpa henti.

Menurut portal berita Kankan News, wanita berusia 47 tahun itu cuba mengisi kebosanan ketika menempuh perjalanan panjang dalam kereta api dari rumahnya di wilayah Henan ke Guangzhou.

Disebabkan penumpang terlalu ramai dan sukar untuk bergerak, dia hanya baring secara mengiring sebelum pengsan ketika turun dari kereta api dan dikejarkan ke hospital.

Berdasarkan imbasan CAT, doktor menemui beberapa darah beku di dalam otak sebelum melakukan pembedahan yang mengambil masa tiga jam.

“Kami mengeluarkan hampir dua sentimeter (cm) darah beku dari otaknya, iaitu sekali ganda daripada apa yang biasanya dialami oleh pesakit lain.

“Kami merasakan dia berada dalam posisi sama terlalu lama, sekali gus menekan salur darah bahagian kanan lehernya,” kata Pakar Neurologi Hospital Jinan University, Guangzhou, Dr Meng Heng.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 3:38 PM